Templet


Poster,  Biodata,  Manifesto  dan  Kain  Pemidang


(1) Calon hendaklah mempunyai biodata dan manifesto untuk berkempen;


(2) Calon, pencadang calon, penyokong pencadangan calon atau Wakil Calon Kempen tidak dibenarkan mencetak, mempamer atau mengedar apa-apa poster, kain pemidang, atau menggunakan apa-apa bentuk sebaran lain bagi tujuan kempen tanpa kebenaran terlebih dahulu dari Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan MPP;


(3) Poster, kain pemidang, kertas biodata dan manifesto calon hendaklah dicetak oleh calon atas kos dan perbelanjaan calon sendiri setelah mendapat kelulusan Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan MPP;


(4) Bagi maksud penyediaan poster, kain pemidang, kertas biodata dan manifesto, calon hendaklah mematuhi syarat-syarat berikut:

          (i) Poster:

                    (a) Hanya mengandungi gambar, nama, nombor calon, fakulti dan kawasan pemilihan calon sahaja;

                    (b) Mengikut format di Rajah 1;

                    (c) Saiz poster tidak boleh melebihi saiz kertas A4;

                    (d) Warna poster adalah bebas tetapi tidak boleh menggambarkan warna mana-mana parti politik.

                    (e) Tidak boleh mengandungi apa-apa logo atau simbol;dan

                    (f) Satu poster hanya untuk satu calon sahaja.


          (ii) Kain Pemidang:

                    (a) Hanya mengandungi gambar, nama, nombor calon, fakulti dan kawasan pemilihan calon sahaja;

                    (b) Mengikut format di Rajah 2;

                    (c) Saiz kain pemidang tidak boleh melebihi 4 meter panjang dan 1 meter lebar;

                    (d) Warna kain pemidang adalah bebas tetapi tidak boleh menggambarkan warna mana-mana parti politik.

                    (e) Tidak boleh mengandungi apa-apa logo atau simbol.

                    (f) Satu kain pemidang hanya untuk satu calon sahaja.


          (iii) Biodata dan Manifesto:

                    (a) Biodata dan Manifesto hendaklah dicetak di atas kertas bersaiz A4 mengikut format di Rajah 3;

                    (b) Hendaklah dicetak di atas kertas berwarna putih sahaja;

                    (c) Manifesto hendaklah mengandungi pernyataan mengenai hal ehwal akademik dan kebajikan pelajar; dan

                    (d) Tidak boleh mengandungi apa-apa logo atau simbol.


(5) Mana-mana poster, kain pemidang, biodata dan manifesto yang tidak mematuhi syarat-syarat seperti dinyatakan di perenggan (6) di atas boleh diturun atau ditanggalkan oleh pegawai yang dipertanggungjawabkan mengenai hal ehwal keselamatan Universiti. Tindakan tatatertib boleh diambil ke atas mana-mana pelajar yang cuba menghasut supaya menurunkan dan merosakkan poster, kain pemidang, biodata dan manifesto mana-mana calon;


(7) Poster boleh ditampal atau digantung dengan cara yang dibenarkan oleh Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan MPP. Penggunaan cat, gam dan apa-apa bahan di dinding bangunan/bahagian bangunan tidak dibenarkan;


(8) Gambar bagi tujuan poster dan kertas biodata hendaklah menggunakan gambar sepertimana yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan MPP ;dan


(9) Calon adalah bertanggungjawab untuk memastikan poster, kain pemidang, biodata dan manifestonya diturunkan atau ditanggalkan dalam tempoh dua puluh empat jam (24) selepas hari pengundian. Kegagalan untuk berbuat demikian akan menyebabkan wang cagaran calon dilucut hak.

Borang adalah seperti dibawah
Manifesto dan biodata (UMUM)
Manifesto dan biodata (FAKULTI)
Poster
Kain Pemidang