Tatacara Rayuan Terhadap Keputusan Pemilihan


(a) Mana-mana Pembantah yang tidak berpuas hati dengan keputusan bantahan atau calon yang kemenangannya terbatal kerana bantahan diterima, dan berhasrat untuk merayu (“Perayu”) menurut Peraturan 35 (7) Peraturan-Peraturan Pemilihan MPP dikehendaki membuat bayaran sebanyak RM25.00 bagi setiap rayuan kepada Bursar atau pekerja Universiti yang diberi kuasa oleh Bursar Universiti.

(b) Rayuan hendaklah dibuat secara bertulis di atas borang yang ditetapkan dan disyaratkan bersama dengan resit pembayaran rayuan kepada Jawatankuasa Rayuan Pemilihan MPP menurut Peraturan 35 (9) Peraturan-Peraturan Pemilihan MPP.