Tatacara Rayuan Terhadap Keputusan Bantahan Penamaan Calon


(1) Mana-mana Pembantah yang tidak berpuashati dengan keputusan bantahan atau calon yang pencalonannya telah di tolak dan berhasrat untuk merayu (“Perayu”) terhadap keputusan tersebut dikehendaki membuat bayaran sebanyak RM25.00 untuk setiap rayuan kepada Bursar atau pekerja Universiti yang diberi kuasa oleh Bursar Universiti di Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Malaya.

(2) Perayu yang telah membuat pembayaran wang rayuan akan diberikan akses untuk memasuki sistem e-penamaan calon untuk membuat rayuannya dalam tempoh satu jam yang ditetapkan.

(3) Selepas tamat tempoh rayuan, keesahan setiap rayuan akan diputuskan secara atas talian (online) dan keputusan rayuan akan dimaklumkan kepada calon dan Perayu melalui email mereka masing-masing dalam tempoh dua jam selepas tamat tempoh rayuan.