Tatacara Bantahan Terhadap Keputusan Pemilihan


(a) Mana-mana pelajar yang berhasrat untuk membantah (“Pembantah”) keputusan Pemilihan menurut Peraturan 35 (1) Peraturan-Peraturan Pemilihan MPP dikehendaki membuat bayaran sebanyak RM 25.00 bagi setiap bantahan kepada Bursar atau pekerja Universiti yang diberi kuasa oleh Bursar Universiti.

(b) Bantahan hendaklah dibuat secara bertulis di atas borang yang ditetapkan dan disyaratkan bersama dengan resit pembayaran bantahan kepada Jawatankuasa Bantahan yang ditubuhkan di bawah Peraturan 35 Peraturan-Peraturan Pemilihan MPP.