Tatacara Bantahan Penamaan Calon


(1) Mana-mana pelajar ijazah dasar yang berhasrat untuk membantah (“Pembantah”) pencalonan seseorang calon dikehendaki membuat bayaran sebanyak RM 25.00 untuk setiap bantahan kepada Bursar atau pekerja Universiti yang diberi kuasa oleh Bursar Universiti di Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Malaya.

(2) Pembantah yang telah membuat pembayaran wang bantahan akan diberikan akses untuk memasuki sistem e-penamaan calon untuk membuat bantahannya dalam tempoh dua jam yang ditetapkan.

(3) Selepas tamat tempoh bantahan, keesahan setiap bantahan akan diputuskan secara atas talian (online) dan keputusan bantahan akan dimaklumkan kepada calon dan Pembantah melalui email mereka masing-masing dalam tempoh dua jam selepas tamat tempoh bantahan.