Syarat Kelayakan Pengundi


Ø Mestilah seorang pelajar yang berdaftar dengan Universiti Malaya.

Ø Pelajar berdaftar berkenaan hendaklah seorang pelajar yang sedang mengikuti kursus pengajian di Universiti Malaya untuk suatu ijazah tetapi tidak termasuk seorang pelajar luar.

Ø Pelajar luar ertinya seseorang pelajar berdaftar di Kampus di luar Malaysia atau seseorang pelajar yang mengikuti suatu program jangka pendek, sambilan, pembelajaran jarak jauh, program pertukaran atau bersekutu, sama ada di dalam atau di luar Malaysia.