Syarat Kelayakan Calon


(1) Bagi maksud pemilihan MPP, pelajar ijazah dasar yang memenuhi berikut layak untuk menjadi calon:

 

a. pelajar ijazah dasar yang bukan pelajar luar Universiti;

b. pelajar ijazah dasar Universiti yang berstatus aktif;

c. pelajar ijazah dasar yang tidak pernah didapati bersalah atas suatu kesalahan tatatertib oleh pihak berkuasa tatatertib Universiti;

d. pelajar ijazah dasar yang mempunyai baki tempoh pengajian sekurang-kurangnya setahun atau dua semester berdasarkan tempoh pengajian minimum bagi program pengajian yang diikutinya;

e. pelajar ijazah dasar yang telah menduduki peperiksaan pertamanya di Universiti dan:-

i. memperolehi keputusan peperiksaan dengan purata nilaian gred kumulatif (PNGK) tidak kurang daripada 2.75 pada peperiksaan yang terakhir didudukinya di Universiti sebaik sahaja sebelum pengisytiharan pemilihan; atau

ii. bagi pelajar ijazah dasar program MBBS dan program pengajian BDS,memperolehi sekurang-kurangnya Gred Lulus pada peperiksaan yang terakhir didudukinya di Universiti sebaik sahaja sebelum pengisytiharan pemilihan dan tidak pernah gagal atau mengulang mana-mana kursus di sepanjang tempoh pengajian yang telah dijalani.

 

(2) Mana-mana pelajar ijazah dasar yang prosiding tatatertib terhadapnya masih belum selesai tidak layak menjadi calon, melainkan jika dibenarkan secara bertulis oleh Naib Canselor.

 

(3) Apa-apa kekeliruan berkenaan senarai pelajar berstatus aktif boleh dirujuk kepada bahagian yang bertanggungjawab dalam hal ehwal akademik Universiti untuk pengesahan status pelajar.