PERMULAAN

 


NAMA DAN PERMULAAN KUAT KUASA

Peraturan-Peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya yang berkuat kuasa bagi Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2017/2018

 

TAFSIRAN

Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain :-

Akta” ertinya Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 [Akta 30];

Aktif” ertinya Pelajar Ijazah Dasar yang mendaftar pada sesi pengajian semasa Pemilihan MPP diadakan; [Aktif 30];

e-undi” ertinya sistem pemilihan MPP yang dijalankan secara elektronik;

Fakulti” termasuklah suatu Sekolah, Pusat, Akademi atau Institut di Universiti;

Jawatankuasa Audit” ertinya jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah perenggan 4(d);

Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP” ertinya jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah perenggan 4(a);

Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan MPP” ertinya jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah perenggan 4(b);

Jawatankuasa Rayuan Pemilihan MPP” ertinya jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah perenggan 4(c);

Kawasan Fakulti” ertinya kawasan pemilihan yang dihadkan kepada pelajar ijazah dasar di Fakulti berkenaan;

Kawasan Umum” ertinya kawasan pemilihan yang terbuka kepada keseluruhan pelajar ijazah dasar Universiti di Fakulti yang tertentu mengikut zon yang ditetapkan;

Ketua Pusat Pengundian” ertinya pegawai Universiti yang dilantik di bawah peraturan 27;

Ketua Pusat Penjumlahan Undi” ertinya pegawai Universiti yang dilantik di bawah peraturan 33;

Komputer Pelayan” ertinya perkakasan dan perisian yang digunakan semasa pengundian yang mengandungi data-data berkaitan pengundian;

Komputer Undi” ertinya perkakasan dan perisian yang mempunyai aplikasi sistem e-kertas undi yang digunakan oleh pengundi untuk mengundi semasa pengundian;

MPP” ertinya Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya;

Pelajar ijazah dasar” ertinya seseorang pelajar yang mengikuti kursus pengajian di Universiti untuk suatu ijazah tetapi tidak termasuk seorang pelajar luar;

Pelajar luar” ertinya seseorang pelajar ijazah dasar di Kampus di luar Malaysia atau seseorang pelajar yang mengikuti suatu program jangka pendek, sambilan, pembelajaran jarak jauh, program pertukaran atau bersekutu, sama ada di dalam atau di luar Malaysia;

Pencadang Calon” ertinya wakil yang dilantik oleh calon di bawah peraturan 16;

Pengundi” ertinya pelajar ijazah dasar universiti yang berstatus  aktif setakat tarikh yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP ;

Pengundian” ertinya proses pengundian yang ditentukan oleh Universiti;

Penjumlahan Undi” ertinya proses penjumlahan undi yang dilaksanakan oleh Ketua Pusat Penjumlahan Undi;

Peperiksaan” termasuklah apa-apa cara atau kaedah penilaian untuk memutuskan markah atau gred bagi sesuatu kursus tertentu atau sebahagian daripada kursus tertentu;

Pusat Pengundian” ertinya suatu kawasan yang ditentukan oleh Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP untuk pengundian;

Semester Perdana” ertinya semester utama sesi kemasukan bagi satu tahun akademik;

Sistem Pengundian e-undi” ertinya pengundian menggunakan sistem e-kertas undi ;

Sistem Pengundian Manual” ertinya pengundian menggunakan kertas undi; dan

Tempoh Memegang Jawatan Satu Tahun” ertinya tempoh memegang jawatan dalam tempoh satu tahun kalendar akademik;dan;

Zon” ertinya seperti di Jadual 1.