PENGISYTIHARAN AHLI MPP DAN PEMILIHAN PEMEGANG JAWATAN

 


PENGISYTIHARAN


(1) Pengerusi Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP atau mana-mana pekerja Universiti yang diberi kuasa oleh Pengerusi Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP hendaklah mengisytiharkan calon yang berjaya di dalam pemilihan MPP.


(2) Pengisytiharan di bawah subperaturan (1) hendaklah dibuat secara bertulis dan dipamerkan di laman web yang ditentukan oleh Jawatankuasa Pelaksana MPP atau di papan notis yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan MPP dengan seberapa segera yang boleh selepas keputusan terhadap bantahan atau rayuan dibuat di bawah peraturan 35.


PEMEGANG JAWATAN MPP


(1) Calon yang berjaya di dalam pemilihan MPP adalah membentuk MPP dan hendaklah memilih sesama mereka─

          (a) seorang Yang Dipertua;

          (b) seorang Naib Yang Dipertua;

          (c) seorang Setiausaha;

          (d) seorang Bendahari; dan

          (e) pemegang bagi jawatan lain yang dibenarkan secara bertulis oleh Naib Canselor.


(2) Lantikan MPP hendaklah dibuat dalam tempoh 1 tahun kalendar akademik. 

(3) Bagi pelanjutan tempoh MPP dan pelantikan caretaker:

(a) Naib Canselor boleh menggunakan kuasa budi bicaranya untuk melanjutkan tempoh pelantikan MPP sedia ada untuk menjalankan tugas sementara (caretaker) sehingga MPP baru dilantik.

 

(b) Naib Canselor boleh mengikut budi bicaranya melantik mana-mana pelajar untuk menjalankan tugas sementara (caretaker) sehingga MPP baru dilantik.