PEMBERITAHUAN PEMILIHAN

 


PENGUMUMAN TARIKH PEMILIHAN MPP


Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP hendaklah mengisytiharkan tarikh berkenaan pemilihan MPP dan memaklumkan tarikh itu kepada Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan MPP.


PENYIARAN NOTIS PEMILIHAN


(1) Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP hendaklah menetapkan tarikh bagi menyiarkan suatu notis pemilihan yang mengandungi butiran berikut: 
 

          (a) tarikh dan masa penamaan calon; 

          (b) tarikh dan masa mengundi; 

          (c) tempoh bantahan dan rayuan; dan 

          (d) apa-apa perkara lain yang berkaitan pemilihan. 
 


(2) Setiap notis pemilihan hendaklah ditandatangani oleh Pengerusi Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP atau wakilnya dan hendaklah dipamerkan di papan notis rasmi Universiti atau di laman web yang ditentukan oleh Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan MPP atau di tempat lain di Universiti yang mudah dilihat sebagaimana ditetapkan oleh Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan MPP.