KEMPEN PEMILIHAN

 


KEMPEN     

(1) Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan MPP hendaklah bertanggungjawab bagi menyelia dan memantau kempen pemilihan.


(2) Calon, pencadang calon, penyokong pencadangan calon dan mana-mana pelajar ijazah dasar Universiti boleh berkempen mengikut cara dan dalam tempoh yang ditetapkan, tertakluk kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 [Akta 30], Perlembagaan Universiti Malaya, Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999, Kod Tatakelakuan Aktiviti-aktiviti Politik Di Dalam Kampus Universiti Malaya dan tatacara lain yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP.


POSTER, KAIN RENTANG, dsb.


Tiada calon, pencadang calon atau penyokong pencadangan calon boleh mencetak, mempamer atau mengedar apa-apa poster, kain rentang, atau menggunakan sebaran sama ada bercetak atau lisan bagi tujuan kempen tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan MPP.