AM

 


KEESAHAN PERBUATAN DI DALAM KETIDAKHADIRAN CALON

Tiada sesuatu perbuatan yang dilakukan atau keputusan yang dibuat di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dipersoalkan atas alasan bahawa perbuatan atau keputusan itu telah dilakukan atau dibuat semasa ketidakhadiran calon, pencadang calon atau penyokong pencadangan calon jika perbuatan atau keputusan itu telah dilakukan atau dibuat dengan suci hati.


PINDAAN ATAU PEMBATALAN PERATURAN

Naib Canselor boleh meminda atau membatalkan mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini.


PENGAWASAN KESELAMATAN

Pemantauan dan pengawasan keselamatan penjalanan keseluruhan pemilihan MPP hendaklah menjadi tanggungjawab pegawai yang dipertanggungjawabkan mengenai hal ehwal keselamatan Universiti.


TINDAKAN TATATERTIB

Mana-mana pelajar yang melanggar mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib di bawah Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999.

 

PENGUNDIAN OLEH PELAJAR  KURANG UPAYA

Bagi pelajar kurang upaya yang cacat penglihatan yang dikenal pasti sahaja, Pegawai Pusat Pengundian akan membantu pelajar berkenaan untuk membuang undi di pusat pengundian yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP. 


ETIKA PAKAIAN SEPANJANG PEMILIHAN MPP

Semua pelajar hendaklah mematuhi kod etika pakaian Universiti Malaya sepanjang Pemilihan MPP. Sebarang pakaian yang menutup muka adalah tidak dibenarkan.