News

PENGUMUMAN RASMI KEPUTUSAN PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI MALAYA (MPPUM) SESI 2016/2017
PENGUMUMAN RASMI KEPUTUSAN PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI MALAYA (MPPUM) SESI 2016/2017 OLEH YBHG. TAN SRI DR. MOHD AMIN JALALUDIN.

More Info
BANTAHAN TERHADAP KEPUTUSAN PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI MALAYA (MPPUM) SESI 2016/2017
Makluman penjualan borang bantahan.
More Info
KEPUTUSAN PENGUNDIAN SEMULA FAKULTI PERNIAGAAN & PERAKAUNAN SEMPENA PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI MALAYA (MPPUM) SESI 2016/2017
Keputusan pengundian semula Fakulti Perniagaan & Perakaunan.More Info
PROSES BANTAHAN TERHADAP KEPUTUSAN PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI MALAYA (MPPUM) SESI 2016/2017
Makluman kaunter penjualan borang bantahan.More Info
KEPUTUSAN TIDAK RASMI PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI MALAYA SESI 2016/2017
Keputusan tidak rasmi Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya (MPPUM) Sesi 2016/2017.More Info
:: Other News ::
Pelajar berdaftar di Universiti Malaya hendaklah kesemuanya menjadi suatu badan yang dinamakan Kesatuan Pelajar-Pelajar dan diwakili oleh pelajar berdaftar Universiti Malaya. Kesatuan ini hendaklah seterusnya memilih suatu Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang akan bertanggungjawab melaksanakan fungsi berkaitan dengan aktiviti dan kebajikan kesemua pelajar. Proses pemilihan MPP ini akan diadakan secara undi rahsia di setiap lokasi pengundian yang telah ditetapkan mengikut kawasan masing-masing.

Setelah berakhirnya proses pemilihan secara undi rahsia, MPP hendaklah memilih diantara ahlinya untuk dilantik sebagai:
  1. Yang Dipertua
  2. Naib Yang Dipertua
  3. Setiausaha
  4. Bendahari
Walau bagaimanapun, MPP boleh melantik jawatankuasa ad-hoc dikalangan ahlinya bagi tujuan tertentu dengan mendapat kelulusan bertulis daripada Naib Canselor.

Setelah dilantik, MPP hendaklah melaksanakan tujuan dan fungsi berikut:
  1. Memupuk semangat hidup sebagai suatu perbadanan di kalangan pelajar Universiti;
  2. Menyusun dan menyelia kemudahan kebajikan pelajar di Universiti termasuk kemudahan rekreasi, aktiviti kerohanian dan
    keagamaan, dan pembekalan makanan dan minuman (tertakluk kepada arahan Naib Canselor);
  3. Membuat rayuan kepada Naib Canselor mengenai segala perkara yang berhubungan dengan atau berkenaan dengan keadaan
    hidup dan kerja pelajar Universiti;
  4. Diwakili dalam mana-mana badan yang boleh, mengikut sesuatu kaedah-kaedah yang dibuat oleh Lembaga bagi maksud itu,
    dilantik untuk menjalankan aktiviti kebajikan pelajar di Universiti; dan
  5. Menjalankan aktiviti-aktiviti lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga dari semasa ke semasa.
    Bagi memastikan tujuan dan fungsi yang telah digariskan tercapai, Kesatuan Pelajar-Pelajar hendaklah memilih suatu Majlis
    Perwakilan Pelajar
 
 
 
 
CCM 2.0 EDi - Copyright © 2008 - 2017 Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, MALAYSIA. http://www.um.edu.my